Wednesday 29 May 2013

Natural Ceylon Sapphire item


Natural yellow ceylon sapphire, batu seberat 10carat dengan warna light yellow yang sangat menawan,
batu cutting cobochon yang perfect dengan api, luster, air yang sangat menawan, tiada treatment (natural).
RM650.





Natural bi-colour sapphire (light yellow blue), batu sangat2 rare dengan kualiti sbegini, warna, air & api yang sangat cantik, batu seberat 3.8 carat, bebas calar atau retak, origin Sri Lanka (Ceylon), RM420.



Cincin nilam ceylon, batu bebas calar atau retak, warna yang sangat manis dengan air kaca yang menawan, batu seberat 4 carat hanya RM650. (SOLD)

Ceylon Spinel & Crysoberyl



Ceylon grey spinal, batu seberat 2.3 carat origin ceylon sangat2 cantik dan elegan dengan cutting cushion cut
yg perfect....batu tiada treatment (natural) tiada inclusion AA quality...(RM 400).





Ceylon Purple Red spinel ceylon, oval cut, batu sberat 2 carat dengan warna yg cukup cantik dan matang, sangat2 sukar ditemui sekarang, batu tiada treatment (natural) RM 450





Ceylon crysoberyl dengan warna yang sangat2 manis...light yellow colour, batu sberat 1.74 carat dengan luster yg sangat menawan, cushion cut yang fancy, sesuai di jadikan cincin mewah...batu tiada treatment (natural), sangat rare hanya RM750 sahaja

Thursday 23 May 2013

Cincin zamrud colombia trafict light

cincin zamrud colombia air kaca seberat 2 carat dan diikat design moden & eksklusif...warna batu yg garang dan cutting nya yg unik menyerlahkan lagi jari si pemakai



cincin ini diikat dengan ikatan yg moden, diamond swiss juga diikat menggunakn micro setting.. . .cincin ini bersaiz 18 sekiranya ingin mengubah saiz penambahan cas rm50 akan ditambah kerana process resizenyew yg agak sukar...harga cincin ini adalah rm850 call atau sms utk nego =)

untuk perhatian sahabat




zamrud colombia air kaca 4.7 carat, structure urat yg halus...hijau yg matang
rm820








cincin delima burma ikatan suasa, batu sberat 6.5 carat dengan structure yg cantik, urat yg tersusun rapi serta air kaca yg menyerlah...sangat elegan dengan harga yg berpatutan hanya
RM850
dibawah adalah gambar perbandingan dengan syiling 5 sen



ketelusan air kacanya bila dikenakan pada cahaya.....

Sunday 19 May 2013

Other item


Batu cincin peridot seberat 6.5 carat...agak sukar untuk mendapat kan peridot yg bersaiz atas 5 carat sekarang kerana permintaan yang tinggi di China dan euro, selain kurangnya sambutan di malaysia tapi akhir-akhir ini batu batu rare seperti ini sudah mula bertapak kembali dimalaysia... peridot ini berharga RM35/ carat berminat boleh PM atau contact =)





Golden topaz juga adalah rare sekali di Malaysia...kebanyakn topaz di Malaysia berwarna kuning pekat cerah dan paling banyak adalah berwarna biru...warna kuning keemasan adalah sukar ditemui, berat batu ini dalam 10 carat dan dijual dengan harga RM350, warna, api dan luster ckup perfect selain cutting nya yang unik =)

Rubellite item =),

Sedikit info tentang Tourmaline:

Tourmaline adalah batu permata yang berharga yang mempunyai warna yang unik dan menarik. Mengikut satu lagenda Mesir purba, tourmaline mengembara dari bumi ke arah matahari melalui pelangi. Dan di dalam perjalanan tersebut, tourmaline mengutip semua warna dalam pelangi. Itulah sebabnya mengapa tourmaline disebut sebagai "batu permata pelangi" (rainbow gemstone). Namun cerita ini hanyalah cerita dongeng zaman dahulu kala. 

Tourmaline sebenarnya berasal dari perkataan di dalam dialek "Singhalese" (singh) iaitu "tura mali" yang bermaksud "batu dengan pelbagai warna". Jadi namanya sendiri telah menggambarkan keunikan spektrum warna pada tourmaline. Tourmaline mempunyai varieti warna dari biru ke kuning, merah ke hijau dan gabungan dua atau tiga warna. Tourmaline mempunyai kekerasan 7 hingga 7.5 pada skala Mohs. 

Tourmaline terhasil dari gabungan pelbagai kristal komplek alumunium borosilika di dalam komposisinya. Perubahan kecil dalam komposisi ini memberikan kepelbagaian dalam warna. Sangat jarang kristal tourmaline menampilkan hanya satu warna kerana setiap kristal dalam komposisi tourmaline akan memancarkan warna dan ton yang berbeza. Warna pada tourmaline merupakan "diochorism" (di dalam istilah gemology perubahan warna yang dapat dilihat pada sesuatu batu permata jika dilihat dari pelbagai sudut berbeza. Kadangkala istilah ini juga merujuk kepada intensiti atau ton warna yang berbeza jika dilihat dari pelbagai sudut yang berbeza). Tourmaline sesuai dipakai oleh semua orang dan tidak memerlukan penjagaan yang terlalu rapi. 

Tourmaline mempunyai pelbagai nama mengikut warnanya. Tourmaline merah pekat dikenali sebagai "Rubellite", yang memberikan warna merah seakan-akan ruby di bawah cahaya. Terdapat juga "Pink Tourmaline" yang memberikan warna pink dan merah di bawah cahaya yang berlainan. Selain itu, terdapat juga tourmaline dengan pelbagai nama mengikut warna yang dipancarkannya. Antaranya tourmaline biru yang dikenali sebagai "Indigolith", tourmaline coklat keemasan (golden-brown) yang dikenali sebagai "Dravite", dan tourmaline hitam yang dikenali sebagai "Schorl". Tourmaline hitam (black tourmaline) mempunyai permintaan yang baik di pasaran kerana dikatakan boleh menghilang dan menghalang radiasi atau gelombang elektromagnet yang merbahaya kepada pemakainya. 

Tourmaline hijau yang dikenali sebagai "verdelith" merupakan tourmaline yang agak popular. Warna hijaunya seakan-akan warna emerald kerana kehadiran chromium dan kadangkala disebut sebagai "Chromium Tourmaline". Satu lagi tourmaline yang popular ialah "Paraiba Tourmaline" yang berwarna biru gelap hingga ke biru kehijauan yang dijumpai pertama kalinya pada 1987 di Paraiba, Brazil. Tourmaline kuning dari Malawi juga merupakan tourmaline yang baik kualitinya di pasaran. 

Tourmaline seperti yang disebutkan tadi juga mempunyai gabungan dua atau tiga warna. Potongan yang popular ialah bentuk potongan "cross section" dimana kristal tourmaline dipotong secara menegak dari bahagian tengah bagi mendedahkan warnanya yang menarik. Contohnya "Watermelon Tourmaline" mempunyai warna merah dan hijau sebagai sempadan di bahagian kiri dan kanan kristal dan satu lagi ialah "Moor's head-Tourmaline" iaitu tourmaline yang mempunyai warna hitam di bahagian sempadan kristal yang berwarna putih. 

Tourmaline dilombong dari merata tempat di dunia. Negara utama pengeluar tourmaline ialah Brazil, Sri Lanka, Afrika Selatan dan Amerika Syarikat (Utah dan Maine). Negara lain yang turut mengeluarkan tourmaline ialah Zimbabwe, Kenya, Tanzania, Mozambique, Madagascar, Pakistan dan Afghanistan. 

Tourmaline yang berkualiti mempunyai harga yang baik di pasaran. Walaubagaimanapun, terdapat juga tourmaline yang boleh didapati dengan harga yang berpatutan walaupun kualitinya tidak sama dengan kualiti tourmaline yang bernilai tinggi.





Rubellite Tourmaline (koleksi)





Paraiba Tourmaline (koleksi)

Kedua2 jenis tourmaline ini sangat sangat rae di Malaysia dan tidak ramai peminat di Malaysia yang tahu akan kewujudannya, dan kedua-dua jenis tourmaline ini menjadi rebutan kerana nilai nya yang tinggi selain sukar di perolehi.









Cincin Rubellite tourmaline for sale batu perfect...confirm puas hati...tiada calar tiada retak, air kristal sungguh perfect rm650 sahaja =)





                                Rubellite tourmaline batu +-3 carat origin burma hanya RM220 sahaja



Zamrud (emerald item)


Zamrud colombia untuk tatapan sahabat2....bukan untuk dijual, batu seberat 14 carat dengan clearity yg sempurna serta warna yg ckup matang boley menggugat keimanan pminat2 zamrud yg ad =)





Cincin Zamrud colombia air kristal batu seberat 10 carat dan sangat manis
diikat dengan kuku suasa serta keadaan batu yg tiada calar dan cutting sempurna dijual dengan harga
RM 980 sahaja =) (sold)




Cincin zamrud colombia sebarat 4.5 carat batu perfect diikat dengan design moden dan amat manis skali
hanya dengan RM700 anda mampu memilikinya =) (sold)


Cincin Zamrud air muda, air kaca, batu perfect tiada retak calar....
hanya RM300 (sold)




                                                                  RM300.00 sahaja (sold)




GRED A zamrud walau pon kecik tp power....sberat 1 carat tapi cutting lebar dan nmpak besar sprti 3 carat
hanya RM300 sahaja (sold)