Sunday 19 May 2013

Rubellite item =),

Sedikit info tentang Tourmaline:

Tourmaline adalah batu permata yang berharga yang mempunyai warna yang unik dan menarik. Mengikut satu lagenda Mesir purba, tourmaline mengembara dari bumi ke arah matahari melalui pelangi. Dan di dalam perjalanan tersebut, tourmaline mengutip semua warna dalam pelangi. Itulah sebabnya mengapa tourmaline disebut sebagai "batu permata pelangi" (rainbow gemstone). Namun cerita ini hanyalah cerita dongeng zaman dahulu kala. 

Tourmaline sebenarnya berasal dari perkataan di dalam dialek "Singhalese" (singh) iaitu "tura mali" yang bermaksud "batu dengan pelbagai warna". Jadi namanya sendiri telah menggambarkan keunikan spektrum warna pada tourmaline. Tourmaline mempunyai varieti warna dari biru ke kuning, merah ke hijau dan gabungan dua atau tiga warna. Tourmaline mempunyai kekerasan 7 hingga 7.5 pada skala Mohs. 

Tourmaline terhasil dari gabungan pelbagai kristal komplek alumunium borosilika di dalam komposisinya. Perubahan kecil dalam komposisi ini memberikan kepelbagaian dalam warna. Sangat jarang kristal tourmaline menampilkan hanya satu warna kerana setiap kristal dalam komposisi tourmaline akan memancarkan warna dan ton yang berbeza. Warna pada tourmaline merupakan "diochorism" (di dalam istilah gemology perubahan warna yang dapat dilihat pada sesuatu batu permata jika dilihat dari pelbagai sudut berbeza. Kadangkala istilah ini juga merujuk kepada intensiti atau ton warna yang berbeza jika dilihat dari pelbagai sudut yang berbeza). Tourmaline sesuai dipakai oleh semua orang dan tidak memerlukan penjagaan yang terlalu rapi. 

Tourmaline mempunyai pelbagai nama mengikut warnanya. Tourmaline merah pekat dikenali sebagai "Rubellite", yang memberikan warna merah seakan-akan ruby di bawah cahaya. Terdapat juga "Pink Tourmaline" yang memberikan warna pink dan merah di bawah cahaya yang berlainan. Selain itu, terdapat juga tourmaline dengan pelbagai nama mengikut warna yang dipancarkannya. Antaranya tourmaline biru yang dikenali sebagai "Indigolith", tourmaline coklat keemasan (golden-brown) yang dikenali sebagai "Dravite", dan tourmaline hitam yang dikenali sebagai "Schorl". Tourmaline hitam (black tourmaline) mempunyai permintaan yang baik di pasaran kerana dikatakan boleh menghilang dan menghalang radiasi atau gelombang elektromagnet yang merbahaya kepada pemakainya. 

Tourmaline hijau yang dikenali sebagai "verdelith" merupakan tourmaline yang agak popular. Warna hijaunya seakan-akan warna emerald kerana kehadiran chromium dan kadangkala disebut sebagai "Chromium Tourmaline". Satu lagi tourmaline yang popular ialah "Paraiba Tourmaline" yang berwarna biru gelap hingga ke biru kehijauan yang dijumpai pertama kalinya pada 1987 di Paraiba, Brazil. Tourmaline kuning dari Malawi juga merupakan tourmaline yang baik kualitinya di pasaran. 

Tourmaline seperti yang disebutkan tadi juga mempunyai gabungan dua atau tiga warna. Potongan yang popular ialah bentuk potongan "cross section" dimana kristal tourmaline dipotong secara menegak dari bahagian tengah bagi mendedahkan warnanya yang menarik. Contohnya "Watermelon Tourmaline" mempunyai warna merah dan hijau sebagai sempadan di bahagian kiri dan kanan kristal dan satu lagi ialah "Moor's head-Tourmaline" iaitu tourmaline yang mempunyai warna hitam di bahagian sempadan kristal yang berwarna putih. 

Tourmaline dilombong dari merata tempat di dunia. Negara utama pengeluar tourmaline ialah Brazil, Sri Lanka, Afrika Selatan dan Amerika Syarikat (Utah dan Maine). Negara lain yang turut mengeluarkan tourmaline ialah Zimbabwe, Kenya, Tanzania, Mozambique, Madagascar, Pakistan dan Afghanistan. 

Tourmaline yang berkualiti mempunyai harga yang baik di pasaran. Walaubagaimanapun, terdapat juga tourmaline yang boleh didapati dengan harga yang berpatutan walaupun kualitinya tidak sama dengan kualiti tourmaline yang bernilai tinggi.





Rubellite Tourmaline (koleksi)





Paraiba Tourmaline (koleksi)

Kedua2 jenis tourmaline ini sangat sangat rae di Malaysia dan tidak ramai peminat di Malaysia yang tahu akan kewujudannya, dan kedua-dua jenis tourmaline ini menjadi rebutan kerana nilai nya yang tinggi selain sukar di perolehi.









Cincin Rubellite tourmaline for sale batu perfect...confirm puas hati...tiada calar tiada retak, air kristal sungguh perfect rm650 sahaja =)





                                Rubellite tourmaline batu +-3 carat origin burma hanya RM220 sahaja



No comments:

Post a Comment